Monday, November 12, 2012



PENGENALAN REKA CIPTA 


      Tidak ada satu pun kejadian makhluk  atau ciptaan manusia  yang  sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari  semasa ke semasa. Teknologi akan  terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh  mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.







  Definisi 

       
       Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud  penghasilan suatu produk  atau barangan baru atau pengubahsuaian  sesuatu produk  yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

      Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. 



  Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat 
memburu menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling.






                         
  Sejarah Perkembangan Reka Cipta
 

     Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artefak – artefak yang telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa reka bentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini ada kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini.


Rekaan telefon awal

Rekaan telefon hari ini
  

INVENSI DAN INOVASI

Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti eksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang tinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapat nilai komersial.

Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut 
supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai praktikal berbanding inovatif.



 Reka Cipta Mesin Taip Yang Mengalami Inovasi
 



Anugerah Inovasi Negara
 
Anugerah Inovasi Negara diadakan bertujuan mengiktiraf 
usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan produk
 siap dalam sains dan teknologi serta menyumbang kepada 
ekonomi negara. 




 Evolusi Reka Cipta
 
Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka cipta telah mula menjadi sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai contoh kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal. Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yang lebih baik. Reka cipta dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi.



Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini mengalami evolusi dalam reka cipta




Barangan/Peralatan Yang Mengalami Evolusi




Inspirasi Idea

Dalam dunia penciptaan dan inovasi pereka cipta dan inovater menjadikan alam sekeliling sebagai sumber mendapatkan idea penciptaan mereka. 



Burung terbang dijadikan idea pencetus alat terbang sehingga mencetuskan industri penerbangan  




Ikan menyelam dilautan dijadikan idea membina kapal selam





 














Kuda menjadi inspirasi mereka dan membina mesin pengangkutan yang laju didarat 

















Ikan Buntal menjadi ispirasi mereka bentuk kereta










 








Pertandingan Reka Cipta 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Kuan
Sekinchan, Selangor







30 comments:

  1. Blog yang menarik dan membawa manfaat kepada murid, syabas!

    ReplyDelete
  2. Satu penerangan yang sungguh jelas, cantik dan padat. saya suka blog kamu. terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya sangat gembira dan bangga ..^^

      Delete
  3. Tahniah, persembahan blog yang cantik dan menarik!^^

    ReplyDelete
  4. Nice blog !
    Para pelajar pasti suka blog ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erima kasih, saya pun berharap begitu!!

      Delete
  5. banyak maklumat dapat diperolehi dari blog cikgu, terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, harap blog saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid.

      Delete
  6. lot of information! thxs for ur sharing,keep it up !

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. It is useful for me and my students. ^^

    ReplyDelete
  8. Anak murid pasti suka melayari blog cikgu yang begitu menarik ini, Tahniah cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya pun berharap begitu..

      Delete
  9. Blog cikgu sangat cantik, saya sangat suka ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, harap ia dapat membantu kamu ^^

      Delete
  10. Syabas, blog yang membawa manfaat kepada semua, tahniah !

    ReplyDelete
  11. Saya sangat suka blog cikgu yang berwarna-warni dan cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sangat gembira mengetahuinya ^^ terima kasih !

      Delete
  12. Suatu yang menarik dan berwarna-warni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, harap semua anak murid akan suka ^^

      Delete
  13. Satu paparan yang menarik dan baik.Blog cikgu amat dipuji kerana lengkap dan padat dengan banyak maklumat yang berguna.Syabas,blog yang berjaya!

    ReplyDelete
  14. Bagus, penerangan yang jelas dan teliti mengikuti gambar yang menarik kefahaman murid.

    ReplyDelete

back to top