MAKLUMAT



10 Ciptaan Terhebat Sepanjang Sejarah


1. Mentol
Thomas Edison tidak mempunyai bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui teknologi ciptaannya. Di peringkat permulaan, pada tahun 1879, mentol-mentol lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan di New Jersey. Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu membuaatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil ciptaanya.


2. Kereta
Henry Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908. Rekaan kereta dan kaedah pengeluaran secara besar-besaran telah menjadikan Amerika sebagai pengeluar kereta utama pada waktu itu.


3. Transistor
Dalam kebanyakan rekaan, kita tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia elektronik dan komputer mungkin tidak akan semaju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan. Melalui teknologi semikonduktor, peranti elektronik transistor telah menghasilakn pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa kini. Transistor 3 terminal ( source, drain & gate ) dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.


4.  Satelit Komunikasi
Satelit komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958. Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Eisenhover dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untuk rakyat Amerika dengan kata-kata ” Through the marvels of scientific advance, my voice is coming to you from a satellite traveling in outer space”. Serentak dengan itu, bermulalah misi saintifik kapal angkasa Apollo yang dilancarkan untuk menghantar satelit mengorbit bumi dan ia menjadi salah satu punca pendapatan utama Amerika dalam dunia telekomunikasi.


5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI)
Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya tentang Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.


6. Internet
Bermula awal 1960-an, kajian dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui DARPA untuk menghasilkan ARPANET bagi kajian ketenteraan. ARPANET menghubungkan UCLA, Stanford University, UC Santa Barbara dan Universiti Utah pada awal kemunculannya. Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET juga pertama kali menghantar mesej melalui komunikasi emel pada tahun 1971.


7. Teknologi Laser
Laser tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi bisnes teknologi yang diperolehi daripadanya. Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER. Hari ini penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD atau menonton DVD, melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem pencahayaan di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang terang.


8. Misi Menghantar Manusia ke Bulan
Di bawah pentadbiran Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia pertamanya (Neil Armstrong) di bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang dijalankan oleh NASA melalui kapal angkasa Apollo. Di era Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet, Amerika cuba untuk bersaing melalui teknologi bagi memenangi warga dunia tentang keupayaan mereka menentang komunis dari segi teknologi.


9. Bom Atom
Bom atom pertama diuji di New Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan bom atom telah menamatkan Perang Dunia ke-dua. Bom atom direka melalui projek rahsia yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan saintis-saintis ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang berhijrah ke sana.




10. Kapal Terbang
Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.






Rekaan Peti Cahaya (Light Box) DIY
 Untuk Fotografi Makro Dan Fotografi Produk

Rekaan Peti / Kotak Cahaya DIY mudah alih untuk kegunaan fotografi makro dan fotografi produk (product photography). Peti cahaya (atau turut dikenali sebagai Light Box) merupakan sebuah peti yang memberikan pencahayaan cerah dan seimbang dari beberapa arah.

Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.


Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampubelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi, tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik 
Objek yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.                
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007.

Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive. Komponen Peti Cahaya

Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.

 
 Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 set connector ini juga perlu dibeli secara berasingan. 
Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.


Pemasangan dan Penyambungan
  
 

Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.
 

Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu.
Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu.
Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat. 
Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat.
Peti cahaya yang telah siap. 
Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk dialihkan atau untuk penyimpanan.

26 comments:

  1. Oooo.., rupa-rupanya inilah 10 ciptaan terhebat sepanjang sejarah !

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ^^

    ReplyDelete
  3. walaupun kurang faham apa yang diterangkan , tetapi tengok gambar saya dapat tahu, terima kasih cikgu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Essien, perkataan yang kamu tidak faham, kamu boleh rujuk dekat " carian DBP" Ok!

      Delete
  4. Ciptaan terhebat ke 11 : moihong053766.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi..

    ReplyDelete
  6. Tak baca pun tak tahu begitu banyak sejarah Dan tokok citaap yg bergitu hebat..tq lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berasa gembira kerana blog saya dapat mengikatkan pengetahuan kamu , terima kasih!

      Delete
  7. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kita semua..

    ReplyDelete
  8. maklumat blog cikgu padat dan jelas , terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  9. Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan sebuah blog yang baik dan cantik .

    ReplyDelete
  10. Banyak pengetahuan boleh diterima daripada blog cikgu, tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kita boleh sama-sama belajar ^^

      Delete
  11. terima kasih cikgu, atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  12. Banyak maklumat yang berguna. Menambah pengetahuan saya juga.

    ReplyDelete

back to top