10 Ciptaan Terhebat
Sepanjang Sejarah
1. Mentol
Thomas Edison tidak mempunyai
bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi dan keinginan yang tinggi
untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan mentol
lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi
ujian dan eksperimen berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau
berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui
teknologi ciptaannya. Di peringkat permulaan, pada tahun 1879, mentol-mentol
lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan
di New Jersey. Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu
membuaatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil
ciptaanya.
2. Kereta
Henry Ford merupakan seorang
pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Sehingga kini kereta Ford masih gah
di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang
pemasangannya bermula pada tahun 1908. Rekaan kereta dan kaedah pengeluaran
secara besar-besaran telah menjadikan Amerika sebagai pengeluar kereta utama
pada waktu itu.
3. Transistor
Dalam kebanyakan rekaan, kita
tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia elektronik dan komputer mungkin
tidak akan semaju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan. Melalui
teknologi semikonduktor, peranti elektronik transistor telah menghasilakn
pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer
tercanggih pada masa kini. Transistor 3 terminal ( source, drain & gate )
dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen
dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas
kejayaan mereka.
4. Satelit
Komunikasi
Satelit komunikasi pertama
dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas
pada tahun 1958. Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Eisenhover
dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untuk rakyat Amerika dengan
kata-kata ”
Through the marvels of scientific advance, my voice is coming to you from a
satellite traveling in outer space”. Serentak
dengan itu, bermulalah misi saintifik kapal angkasa Apollo yang dilancarkan
untuk menghantar satelit mengorbit bumi dan ia menjadi salah satu punca
pendapatan utama Amerika dalam dunia telekomunikasi.
5. Imbasan
Magnetic Resonan (MRI)
Jutaan nyawa manusia dapat
diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang
dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan
menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan
kajiannya tentang Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama
digunakan secara komersial pada tahun 1977.
6. Internet
Bermula awal 1960-an, kajian
dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui DARPA untuk menghasilkan
ARPANET bagi kajian ketenteraan. ARPANET menghubungkan UCLA, Stanford
University, UC Santa Barbara dan Universiti Utah pada awal kemunculannya.
Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET juga pertama kali menghantar mesej
melalui komunikasi emel pada tahun 1971.
7. Teknologi
Laser
Laser tergolong dalam antara
salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika
dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi bisnes teknologi yang diperolehi
daripadanya. Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun
1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research
Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan
fenomena LASER. Hari ini penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD
atau menonton DVD, melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem
pencahayaan di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang
terang.
8. Misi
Menghantar Manusia ke Bulan
Di bawah pentadbiran
Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia pertamanya (Neil Armstrong) di
bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang dijalankan oleh NASA melalui kapal
angkasa Apollo. Di era Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet, Amerika cuba untuk
bersaing melalui teknologi bagi memenangi warga dunia tentang keupayaan mereka
menentang komunis dari segi teknologi.
9. Bom Atom
Bom atom pertama diuji di New
Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan bom atom
telah menamatkan Perang Dunia ke-dua. Bom atom direka melalui projek rahsia
yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan saintis-saintis
ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang berhijrah ke sana.
10. Kapal
Terbang
Dua Bersaudara Oliver dan
Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada
tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang
yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain.
Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains
dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.
Rekaan Peti Cahaya (Light Box) DIY
Untuk Fotografi Makro Dan Fotografi Produk
Rekaan Peti / Kotak Cahaya DIY mudah alih untuk kegunaan fotografi makro dan fotografi produk (product photography). Peti cahaya (atau turut dikenali sebagai Light Box) merupakan sebuah peti yang memberikan pencahayaan cerah dan seimbang dari beberapa arah.
Pencahayaan sebegini meminimumkan kesan bayang dan membolehkan foto yang tajam serta jelas diambil tanpa menggunakan kelengkapan yang mahal. Oleh kerana kesemua komponen peti cahaya in dimuatkan di dalam sebuah kotak (self contained), ia mudah untuk dipindahkan dan tidak memerlukan sebarang set-up untuk digunakan. Hanya perlu pasangkan plug pada soket elektrik dinding dan ON.
Rekaan ringkas ini sesuai untuk mereka yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mampubelanja besar, atau mereka yang tidak meminati bidang fotografi, tetapi masih inginkan cara yang murah dan mudah untuk mengambil foto makro dan foto produk dengan kualiti yang baik
Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.
Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 set connector ini juga perlu dibeli secara berasingan.
Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.
Pemasangan dan Penyambungan
Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.
Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu. Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu. Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat. Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat. Peti cahaya yang telah siap. Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk dialihkan atau untuk penyimpanan.

Objek
yang ingin diambil fotonya diletak di tengah peti cahaya. Peti cahaya
ini dilapisi dengan kertas latar berwarna putih. Warna kertas latar ini
boleh ditukar kepada apa sahaja warna yang diingini.
Contoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007.
Satu lagi contoh foto diambil menggunakan peti cahaya ini, sebuah external hard drive. Komponen Peti CahayaContoh foto yang diambil menggunakan peti cahaya ini (tanpa flash). Kamera yang digunakan adalah dari jenis Lumix point-and-shoot 8.1 megapixel model tahun 2007.
Komponen dan bahan bagi menghasilkan peti cahaya ini boleh diperolehi daripada sumber terbuang dan boleh dibeli dengan mudah daripada kedai-kedai hardware / elektrik.
Bahan terpenting bagi rekaan peti cahaya semestinya sebuah kotak. Terpulang kepada anda untuk memilih saiz yang bersesuaian, namun adalah dicadangkan agar kotak bersaiz besar digunakan (seperti kotak PC).
3 set lampu kalimantang berbentuk bulatan (circline fluorescent light), 3 set ballast (juga dikenali sebagai choke), 3 set pemula (starter), 1 kepala plug 3-pin SSO dan satu wayar elektrik sepanjang 3 meter (atau lebih). Pada lampu di atas terdapat sebuah penyambung (connector) dengan wayar putih dimana starter dipasang, 3 set connector ini juga perlu dibeli secara berasingan.
Lampu diuji terlebih dahulu bagi memastikan ianya berfungsi sebelum pemasangan selanjutnya dibuat.
Pemasangan dan Penyambungan
Rajah skematik penyambungan litar bagi peti cahaya ini. 3 lampu disambungkan secara selari.
Wayar dipasang melalui lubang kecil yang ditebuk pada kotak. Wayar berwarna coklat (wayar live) dicabangkan kepada 3 untuk disambung kepada 3 unit ballast/choke. Wayar biru (wayar neutral) juga perlu dicabang tiga dan disambung kepada 3 unit lampu (sila rujuk rajah skematik).
Penyambungan wayar live kepada ballast / choke.
Lubang ditebuk pada kotak bagi melalukan zip tie (juga dikenali sebagai cable tie). Kegunaan zip tie ini adalah bagi mengikat kedudukan lampu. Lampu diikat pada kedudukan. Connector dan starter dipasang pada lampu. Pada kedudukan terbalik, ulangi langkah untuk dengan mengikat ketiga-tiga lampu pada kedudukan sisi dan bumbung kotak. Pendawaian / penyambungan wayar dibuat mengikut rajah litar yang diberikan sebelum ini. Setiap satu choke / ballast juga diikat pada kedudukan menggunakan zip / cable tie agar tidak bergerak / jatuh.Selesai kerja pemasangan dan pendawaian, kerja-kerja kemasan wayar boleh dibuat dengan pita pelekat. Skrin latar dipotong daripada kertas kajang berwarna putih dan ditampal menggunakan pita pelekat. Peti cahaya yang telah siap. Selesai digunakan, peti cahaya boleh dibungkus untuk dialihkan atau untuk penyimpanan.
Oooo.., rupa-rupanya inilah 10 ciptaan terhebat sepanjang sejarah !
ReplyDeleteYa , kita sama-sama belajar !
DeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat ^^
ReplyDeleteNice, thanks for sharing...
ReplyDeleteTQ ^_^
Deletewalaupun kurang faham apa yang diterangkan , tetapi tengok gambar saya dapat tahu, terima kasih cikgu !
ReplyDeleteSama-sama Essien, perkataan yang kamu tidak faham, kamu boleh rujuk dekat " carian DBP" Ok!
DeleteCiptaan terhebat ke 11 : moihong053766.blogspot.com
ReplyDeleteHa... terima kasih ^-^
DeleteTerima kasih kerana berkongsi..
ReplyDeleteTerima kasih !
DeleteTak baca pun tak tahu begitu banyak sejarah Dan tokok citaap yg bergitu hebat..tq lagi
ReplyDeleteSaya berasa gembira kerana blog saya dapat mengikatkan pengetahuan kamu , terima kasih!
DeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kita semua..
ReplyDeleteSama-sama ^^
Deletemaklumat blog cikgu padat dan jelas , terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteterima kasih ^^
DeleteTahniah kerana telah berjaya menghasilkan sebuah blog yang baik dan cantik .
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan ....^^
DeleteBanyak pengetahuan boleh diterima daripada blog cikgu, tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih, kita boleh sama-sama belajar ^^
Deleteterima kasih cikgu, atas perkongsian maklumat
ReplyDeleteSama-sama^^
DeleteBanyak maklumat yang berguna. Menambah pengetahuan saya juga.
ReplyDeletethanks, kita belajar bersama-sama ^^
Delete