Peti sejuk ialah alat mekanik untuk menyimpan dan memeliharakan makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk beku yang berkongsi sistem penyejukannya dengan lagi sebuah petak untuk suhu sejuk yang dikekalkan di luar takat sejuk beku.Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, bersama-sama dengan alat-alat dapur yang lain. Alatan ini menggantikan kotak ais yang merupakan barang kegunaan rumah selama hampir satu setengah abad.
Unit-unit penyejukan perdagangan telah digunakan selama hampir 40 tahun sebelum pengenalannya untuk kegunaan rumah. Ini disebabkan sistem ammonia yang digunakan menyebabkannya tidak selamat untuk kegunaan rumah. Peti sejuk sebagai alatan rumahdiperkenalkan pada dekad 1920-an, dan diterima secara meluas pada dekad 1930-an ketika harga turun dan bahan-bahan penyejuk tiruan, seperti freon dan R-12 diperkenalkan.
Periuk nasi elektrik
Periuk nasi elektrik adalah sejenis peralatan elektrik yang digunakan khususnya untuk memasak nasi atau pun bubur.
Kaedah memasak nasi secara tradisional memerlukan perhatian bagi memastikan nasi dimasak dengan sempurna. Periuk nasi elektrik memudahkan kerja menanak nasi dengan mengawal suhu dan masa memasak secara automatik.
Ringkasnya, sebuah periuk nasi elektrik terdiri daripada periuk yang boleh ditanggalkan dan elemen pemanas yang dikawal secara elektrik serta dipakejkan. Biasanya, periuk nasi elektrik hanya mempunyai satu suis sahaja bagi menghidupkan pemanas, tetapi model yang lebih canggih turut menyertakan kawalan elektronik.
Apabila suis penghidup ditekan, elemen pemanas akan memanaskan periuk nasi dengan sepenuh kuasa. Suhu di dalam periuk nasi tidak akan melebihi 100°C; sebarang haba berlebihan pada periuk nasi hanya akan menyebabkan air terus mendidih. Sebaik sahaja nasi mulai kering, barulah suhu pemanas akan mula naik melebihi 100°C, menyebabkan termostat memutuskan litar elemen pemanas dari mod "memasak" ke mod "pemanas" dengan suhu tidak kurang daripada 65°C.
Cerek elektrik
Cerek eletrik biasanya diperbuat dari plastik tahan lama atau keluli (dengan gagang plastik) dan ditenagai oleh kuasa utama. Dalam reka bentuk moden, apabila air sudah mencapai tahap didih, cerek elektrik akan mematikan suis penimbal secara otomatik bagi mengelakkan air yang sedang mendidih jatuh dan merosakkan unsur pemanas.
Mesin basuh
Mesin basuh merupakan sebuah mesin yang direka untuk membasuh pakaian termasuklah baju, tualadan cadar. Istilah tersebut merujuk kepada mesin yang menggunakan air sebagai larutan cucian utama, tidak seperti cucian kering yang menggunakan bendalir pencuci alternatif.
Ketuhar gelombang mikro
Ketuhar gelombang mikro adalah perkakas dapur
yang memanaskan makanan menggunakan pemanasan dielektrik. Ia berfungsi dengan
menggunakan radiasi gelombang mikro untuk memanaskan molekul-molekul yang
berpolar di dalam makanan. Pengujaan ini berlaku dalam keadaan yang hampir
seragam di bahagian permukaan makanan tersebut di antara kedalaman 1 inci
hingga 1.5 inci pada makanan yang lebih lembab. Manakala makanan yang kering,
radiasi akan menembus ke bahagian lebih dalam lagi pada makanan. Penembusan ini
membolehkan makanan di masak dengan lebih sekata berbanding cara konvensional.
Bagus !!!
ReplyDeleteTerima kasih ^^
DeleteMaklumat yang padat dan jelas
ReplyDeleteTerima kasih Shem !
Deletenice !
ReplyDeleteTQ !
Deleteterima kasih, cikgu !
ReplyDeleteSemoga blog cikgu dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kamu !
DeleteBaik sebagai rujukan untuk kanak-kanak. Teruskan usaha yang baik.
ReplyDeleteBaik, saya terus berusaha ! Terima kasih ^^
Deletewell done.
ReplyDeleteThanks !^^
DeleteMaklumat yang jelas dan baik untuk murid-murid.
ReplyDeleteTerima kasih , semoga dapat membantu semua anak murid !
DeleteBlog cikgu berwarna-warni, dan jelas, pasti dapat menarik minat murid-murid .
ReplyDeleteItulah harapan saya, terima kasih.
DeleteNice blog !
ReplyDeletePara pelajar pasti suka blog ini!
Terima kasih, semoga harapan dapat dicapai...
DeleteThanks cikgu, saya dapat berkenalan alatan tersebut secara mendalam...
ReplyDeleteBaik, cikgu berasa gembira dapat membantu kamu..
Delete