PENGANGKUTAN

Kereta

Kereta ataupun automobil ialah kenderaan bertayar empat (biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.




Bas

Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang-kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan Latin omnibus, yang bermaksud 'untuk semua'. Nama penuh bas ialah 'Kenderaan Omnibas' - bermaksud 'kenderaan untuk semua'.





Teksi

Teksi ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang drebar untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang, ke destinasi pilihan mereka, berbeza sekali dengan pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.
Istilah teksi berasal daripada istilah taxicab, iaitu singkatan taximeter cab yang dicipta oleh Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis. Perkataan cab ialah singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.





Van

Van adalah sebuah kenderaan besar untuk mengisi barang keperluan. Van juga adalah boleh menghantar murid ke sekolah seperti bas.





Lori

Lori (juga dipanggil trak) adalah kenderaan berat komersial yang digunakan untuk mengangkut barangan dengan kuantiti yang besar melalui jalan raya.
Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British, lorry; manakala perkataan trak dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lorilebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat, manakala istilah trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.
Di Malaysia, pemandu lori diwajibkan memiliki lesen memandu kelas E serta GDL iaitu Lesen Vokasional dengan satu catatan bersendi sekiranya hendak memandu lori treler. Untuk memohon lesen kelas E, calon pemandu hendaklah berumur 21 tahun ke atas serta sudah memiliki lesen memandu kelas D (kereta) selama sekurang-kurangnya 5 tahun.






Kereta api

Kereta api, atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api selalunya terdiri daripada rel konvensional. Pada masa kini, sesetengah kereta api menggunakan sistem monorel atau maglev. Daya tujahan kereta api datang dari pelbagai sumber. Biasanya lokomotif atau unit dorong diri ( self-propelled unit) digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkut bijih timah. Ia mula berkhidmat pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld.


 


Kapal terbang penumpang
 

Kapal terbang penumpang atau pesawat penumpang (Bahasa Inggeris: airliner) ialah sejenis pesawat kepak kaku yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Kapal terbang sedemikian selalunya dimiliki oleh syarikat penerbangan. Walaupun takrifan kapal terbang penumpang mungkin berbeza dari negara ke negara, namun kapal terbang penumpang biasanya ditakrifkan sebagai pesawat yang bertujuan mengangkat bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil; Sikorsky Ilya Muromets dari Rusia merupakan pesawat penumpang rasmi pertama yang memenuhi takrifan ini. Pesawat ini melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1913, maka lahirnya industri penerbangan komersil. Industri ini beransur-ansur berkembang maju selama puluhan tahun yang berikutnya dan pesat membangun selepas Perang Dunia II.





Helikopter

Helikopter ialah sejenis pesawat udara yang diangkat dan didorong menggunakan satu atau lebih pemutar mendatar. Helikopter telah dikelaskan sebagai pesawat sayap putar untuk membezakannya dengan pesawat sayap kaku yang biasa. Perkataan "helikopter" berasal daripada gabungan perkataan Greek, heliks dan pteron (sayap). Helikopter pemutar tunggal serta terkawal penuh yang dikeluarkan secara besar-besaran buat pertama kali dibina oleh Igor Sikorskypada tahun 1942.
Helikopter lebih kompleks berbanding pesawat kepak kaku, dan mempunyai kos pengendalian dan kos operasi yang lebih tinggi. Helikopter juga mempunyai kelajuan yang rendah berbanding pesawat kepak kaku serta mempunyai jarak penerbangan yang lebih dekat. Daya angkatan helikopter juga terhad. Tetapi helikopter boleh dikendalikan untuk melakukan pergerakan yang tidak mungkin dibuat oleh pesawat kepak kaku , seperti terbang terkatung-katung di atas sesuatu tempat, terbang ke arah belakang dan berlepas serta mendarat secara menegak.



 
Kapal

Kapal, seperti perahu/bot, merupakan kenderaan direka untuk laluan atau pengangkutan merentasi air. Kapal biasanya cukup besar untuk membawa bot kecil seperti bot keselamatan, atau bot sangkut. Secara kebiasaannya kapal boleh membawa bot tetapi bot tidak boleh membawa kapal. Saiz sebenar di mana sesebuah bot dipanggil kapal selalunya ditakrifkan oleh undang-undang dan peraturan tempatan.

22 comments:

  1. Banyak pengetahuan boleh saya perolehi di blog cikgu, tq ^^ !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, harap dapat terus meningkatkan ilmu pengetahuan kamu ^^

      Delete
  2. Profesionallah cikgu punya blog...

    ReplyDelete
  3. Baik sebagai rujukan untuk kanak-kanak. Teruskan usaha yang baik.

    ReplyDelete
  4. Anak saya suka muka ini, taniah!

    ReplyDelete
  5. Cikgu, blog anda sangat canggih dan menarik, syabas

    ReplyDelete
  6. blog yang cukup menarik.

    ReplyDelete
  7. Blog Cikgu Chua ada kemajuan...
    Maklumat dan latihan yang padat dan jelas sesuai.
    Kambateh o!

    ReplyDelete

back to top