ALAT CIPTAAN SAINS


Komputer riba

Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer peribadiuntuk penggunaan secara bimbit.komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) adalah integrasi komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan kekunci,peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputeritu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri. Komputer mudah alih, asalnya berdasarkan monokrome CRT dan selepas itu dibangunkan menjadi komputer riba yang moden. Sebagai komputer mudah alih, ia telah menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar dan kualitinya juga bertambah. Dengan teknologi yang bertambah baik, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.



Telefon bimbit

Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar)[1] merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan (‘’tapak sel’’), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (‘’public switched telephone network – PSTN’’) (pengecualian adalah telefon satelit).



Kamera digital

Kamera digital, berbanding dengan fotografi filem, ia menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS (Complementary metal–oxide–semiconductor ) untuk merakam imej sebagai data binary. Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui jualan kamera filem; dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam videodan suara. Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital. Kamera digital merakam imej yang terdedah pada CCD atau CMOS secara penyusunan imej kemudaian dihantar ke kad memori. Jumlah Piksal pada CCD atau CMOS mejangkau hingga 16 Megapiksal.
Diperingkat awal penciptaan kamera digital kameranya mudah digunakan dengan kekuatan mutu megapiksalnya amat rendah (1 megapiksal). Kini perubahan telah berlaku dimana telah wujud megapiksal yang tinggi sehingga 40 (MP). Perubahan berlaku dengan terciptanya kamera yang lebih berteknologi tinggi dimana penggunaan kamera SLR yang mampu memberikan kepuasan kepada jurufoto professional.



Kamera video

Kamera video ialah sejenis kamera yang digunakan untuk merakam imej bergerak secara elektronik. Ia bermula dari industri penyiaran namun sekarang digunakan meluas dalam lain-lain bidang. Kamera video terawal dihasilkan oleh John Logie Baird, yang menggunakan cakera electromekanikal Nipkow disk. Projek eksperimentasi kamera video ini dijalankan oleh pihak BBC pada tahun 1930an. Sistem Baird ini digunakan sehingga tahun 1940an. Selepas itu, rekabentuk Kamera Video telah beralih kepada jenis elektronik sepenuhnya. Kali ini rekabentuk menggunakan cathode ray tube. Antara pengeluar kamera video jenis ini adalah Vladimir Zworykin's Iconoscope dan Philo T. Farnsworth's Image dissector. Sehingga tahun-tahun 1980an, teknologi kamera maju dan mula menggunakan solid-stateimage sensors, antaranya adalah CCDs (dan seterusnya CMOS active pixel sensors) telah menyelesaikan masalah yang biasa didapati jika menggunakan teknologi tiub, seperti image burn-in. Teknologi baru juga membuatkan penggunaan kamera digital lebih praktikal.



Mesin kira

Mesin kira atau kalkulator merupakan sebuah peranti elektronik yang kecil dan murah yang digunakan untuk melakukan pengiraan aritmetik asas. Mesin kira moden lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding komputer, walaupun kebanyakan PDA mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan kalkulator tangan.
Mesin kira elektronik pertama dicipta pada tahun 1960an, sementara peralatan bersejarah seperti sempoa dicipta sekitar 2000 SM; di samping itu, mesin kira mekanikal pula dibangunkan pada abad ke-17. Ia dibangunkan hampir serentak dengan komputer analog pada masa tersebut.
Peranti bersaiz kocek mula didapati pada tahun 1970an, terutamanya setelah penciptaan pemproses mikro oleh Intel untuk mesin kira Busicom.
Kalkulator moden menggunakan tenaga elektrik (biasanya bateri dan/atau sel suria) serta merangkumi daripada semurah-murah model bersaiz kad kredit sehinggalah model yang lebih besar serta dilengkapipencetak terbina dalam. Ia mula popular pada lewat 1960an hasil daripada saiz serta kos peranti elektronik yang semakin kecil dan murah, sekaligus mengelakkan penggunaan komponen komponen komputer yang mahal dan sukar didapati. Menjelang 1980an, harga mesin kira jatuh sehingga ke tahap di mana kebanyakan orang mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah mesin kira asas. Menjelang 1990an ia mula dibenarkan untuk digunakan dalam mata pelajaran Matematik di sekolah-sekolah, membolehkan pelajar lebih menumpukan terhadap konsep tanpa perlu dibebankan dengan keperluan mencongak pengiraan.





Kipas

Kipas ialah alat yang mempunyai bilah¬-bilah yang dapat berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin agar keadaan di bilik dan sebagainya terasa nyaman.






Lampu

Lampu adalah alat yang menghasilkan cahaya (dan kadang-kadang menghasilkan haba). Lampu biasanya menggunakan kuasa elektrik. Lampu sering membenarkan arus elektrik dengan memindahkan kuasa ke mentol dan menyebabkan ia menyala.




33 comments:

  1. Terima kasih cikgu kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan melalui blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, cikgu rasa gembira kerana dapat membantu kamu !

      Delete
  2. Satu penerangan yang sungguh jelas, terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak murid ^^

      Delete
    2. terima kasih atas kongsi ilmu.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  4. Blog yang sangat menarik. Taniah...

    ReplyDelete
  5. Penuh dengan infomasi dan mudah difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kamu ^^ TQ

      Delete
  6. Betul juga..terangan yg cukup Dan senang difahami.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, semoga dapat membantu semua anak murid ^^

      Delete
  7. maklumat yang jelas .. bagus

    ReplyDelete
  8. banyak maklumat dapat diperolehi dari blog cikgu, terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Banyak ilmu yang boleh dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, harap blog saya dapat menolong murid-murid

      Delete
  10. Terima kasih Cikgu Chua, atas pengenalan alatan diatas ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, harap dapat meningkatkan ilmu kamu , Baik.

      Delete
  11. Saya amat suka blog kamu, sungguh menarik.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Teruskan usaha.

    ReplyDelete

back to top