ALATAN DI RUANG TAMU

Jam 


Jam ialah alat yang digunakan untuk menunjukkan waktu. Jam merupakan salah satu ciptaan manusia terawal, yang memenuhi keperluan mengukur selang waktu yang lebih singkat daripada hari, iaitu saat, minit dan jam, manakala takwim (kalendar) digunakan untuk menghitung hari, bulan dan tahun.




Radio


Radio merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima (receiver). Biasanya, penerima adalah dirujuk sebagai satu "radio" atau peti radio.




Komputer

Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; danunit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.






Pencetak komputer

Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.
Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atauwarna.
 





Telefon

Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alattelekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapattelefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.






Alat kawalan jauh

Alat kawalan jauh (remote control) ialah komponen peranti elektronik yang digunakan untuk mengendali peranti berkenaan tanpa wayar dari jarak garis nampak yang dekat.
Biasanya, alat kawalan jauh merupakan peranti inframerah pengguna yang digunakan untuk mengeluarkan perintah dari suatu jarak ke perkakas elektronik pengguna seperti televisyen, sistem stereo, pemain DVDdan dimmers. Alat kawalan jauh sedemikian biasanya berbentuk objek kecil pegangan tangan tanpa wayar yang bertatasusunkan butang-butang pelbagai fungsi untuk menyelaras peranti seperti menukar saluran televisyen, nombor runut, dan kekuatan bunyi. Pada hakikatnya, bagi kebanyakan perkakas moden yang dilengkapi alat kawalan jauh, alat kawalan jauhlah yang mengandungi segala kawalan fungsi sementara perkakas utamanya cuma dilengkapo beberapa kawalan fungsi utama. Kebanyakan alat ini menghubungi perkakas masing-masing dengan isyarat inframerah atau radio. Isyarat inframerah TV boleh dimimik oleh sebuah alat kawalan jauh sejagat yang mampu meniru fungsi-fungsi alat kawalan jauh bagi kebanyakan jenama TV utama.
Alat kawalan jauh biasanya dikuasakan oleh bateri bersaiz AAA atau AA.



Kipas siling

Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantungkan pada siling rumah untuk mengitar udaramelalui bilah-bilah kipas berputar.




Televisyen

Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringibunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen, rancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan perkataan tele (τῆλε, "jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan") dari bahasa Latin.


Video CD

Video CD atau VCD adalah format digital untuk menyimpan video ke dalam cakera padat. Video CD boleh dimainkan dengan menggunakan pemain VCD, komputer peribadi, pemain DVD, serta pada sesetengah konsol permainan video Piawaian VCD mula dibangunkan pada tahun 1993[1][2] oleh Sony, Philips, Matsushita, dan JVC serta dirujuk sebagai Piawaian Buku Putih.





Pembesar suara

Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan.

30 comments:

  1. Terima kasih cikgu atas perkongsian maklumat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kamu , ^-^

      Delete
  2. maklumat ini sangat berfaedah ^^

    ReplyDelete
  3. Maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan kita.

    ReplyDelete
  4. Baik sebagai rujukan untuk kanak-kanak. Teruskan usaha yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, terima kasih, saya akan terus berusaha !

      Delete
  5. Replies
    1. Saya berasa gembira kerana dapat membantu kamu !^-^

      Delete
  6. Thanks for the explanation, it is clear and useful!

    ReplyDelete
  7. Gambar sangat sesuai untuk penjelasan mengenai topik.

    ReplyDelete
  8. Anak murid pasti suka melayari blog cikgu yang begitu menarik, Tahniah Cikgu Chua !

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang menarik.. bagus....

    ReplyDelete

back to top